![]() |
![]() |
| VOLUME 6 | NOVEMBER 2000 | PERMIT NO. PPK 231/4/2001 |
| DBNA Padawan anjur Larian Puncak Borneo | DBNA Sibu daftar Bidayuh di Sibu | |
|
By Aden Nagrace
Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dengan kerjasama Borneo Highland Resorts dan Kementerian Pelancongan Sarawak dengan jayanya menganjurkan Larian Puncak Borneo pada 24 September 2000. Larian sejauh 7.5 kilometer itu bermula dari Kampung Anak Rais, Padawan dan berakhir di Borneo Highland Resorts. Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Alfred Jabu anak Numpang telah diberi penghormatan untuk melepas para peserta dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Seramai 129 peserta yang kebanyakannya penduduk di sekitar kawasan itu menyertai larian tersebut. Tan Sri Jabu ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah larian itu memuji usaha yang dibuat oleh pihak penganjur acara itu dan menyatakan bahawa acara itu bukan sahaja untuk menggalakkan pembabitan masyarakat dalam aktiviti sukan, tetapi turut memainkan peranan untuk mempromosikan kegiatan pelancongan di kawasan berkenaan. Sehubungan itu, Tan Sri Jabu mengesyorkan pihak penganjur agar menjadikan larian tersebut sebagai acara ber-taraf antarabangsa dan tarikan pelancongan di negeri ini. Beliau yakin penawaran hadiah yang menarik, pemandangan yang indah serta cabaran sepanjang laluan larian itu (ke puncak Borneo) berupaya untuk menarik penyertaan peserta-peserta dari luar negara. Bagi memeriahkan acara itu pada masa akan datang, beliau menca dangkan pihak penganjur memngadakan promosi yang lebih luas untuk menarik lebih ramai penyertaan daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Sementara itu, Ahli Parlimen Mambong merangkap Presiden DBNA, Dr James Dawos Mamit yang turut berucap pada majlis itu berkata, larian pada kali ini merupakan "pemanas badan" untuk menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang. Sehubungan itu, beliau menyeru ke-pada Kementerian Pelancongan memasukkan acara tersebut dalam kalender promosi pelancongannya pada masa akan datang. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Kewangan dan Kemudahan Awam, Encik Michael Manyin Jawong, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kedup, Encik Frederick Bayoi Manggie dan ADUN Tasik Biru, Encik Peter Nansian Ngusie. |
DBNA Cawangan Sibu bercadang untuk mengenal pasti dan mendaftar-kan anak-anak Bidayuh yang sedang menetap di sekitar Bahagian Sibu.
Gerakan itu diadakan bagi membolehkan pihak DBNA menjaga kebajikan mereka dan juga untuk meng- eratkan lagi hubungan sesama mereka. Pengerusi DBNA Cawangan Sibu, Encik Benedict Poris berkata, sebelum ini tidak ada sebarang usaha dilakukan untuk mengesan serta mendaftarkan masyarakat itu di Sibu. Beliau berharap dengan adanya gerakan seumpama itu nanti, kebajikan serta keperluan pendidikan masyarakat Bidayuh di Bahagian Sibu akan diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berwajib. Benedict berkata demikian ketika berucap pada majlis Pra-Krismas dan sambutan Tahun Baru 2000 yang bertema "Ngarum Nyambut Sawa 2000". Majlis itu dihadiri lebih 300 orang dan diadakan di Kampung Bahagia Jaya, Skim Penetapan Semula Jalan Teku di Sibu. Menurut Benedict, tidak ramai masyarakat Bidayuh yang menetap di Bahagian Sibu jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain, tetapi ia tidak bermakna DBNA mengabaikan mereka. "Disebabkan kita (masyarakat Bidayuh di Sibu) terlalu sedikit jumlahnya, maka adalah sangat penting bagi kita untuk bersatu," katanya. Difahamkan sehingga ini terdapat tidak kurang daripada 600 Bidayuh menetap di Sibu. |
| DBNA Bintulu anjur ceramah motivasi | About the women in DBNA |
DBNA Cawangan Bintulu baru-baru ini telah mengadakan ceramah motivasi yang bertema "Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan" sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunannya.
Kumpulan sasaran ceramah motivasi tersebut adalah golongan pelajar. Seramai 39 pelajar Tingakatan Tiga dan Tingkatan Lima dari sekitar Bintulu menghadirinya, dan dijayakan oleh Encik Ahi Sarok, seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Gambar menunjukkan pengerusi penganjur ceramah berkenaan, Encik Rapoi Sidop (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Encik Ahi Sarok. Ceramah serupa juga telah diadakan di beberapa kawasan di sekitar Bahagian Kuching, yang bertujuan memberi motivasi kepada para pelajar dan ibu bapa masyarakat Bidayuh. |
Dayak Bidayuh National Association (DBNA) Women Branch was first formed in 1956. It was then called Women's Fellowship. The name was changed to DBNA Women Branch and was officially registered on June 8, 1976.
The objectives of its establishment was to strengthen relationship and solidarity among Bidayuh women and women of other races, promote awareness among Bidayuh women on the roles and responsibilities towards their families, community and nation, and to encourage Bidayuh women to further improve their socio-economic status towards Vision 2020. The branch also has its own mission - to strive towards a respected Bidayuh women force with positive and proactive attitude, knowledgeable, educated and skillful, optimum health, economically enterprising and self- reliant. There are seven sub-committee under the Committee Members (1999-2001) Women Branch, namely education, economy, social and recreation, health, welfare, fund-raising and culture. Since its existence, the branch was served by seven chairwomen, the late Puan Ang Jui Inn (1956-1976), Cik Judy Chung (1977-1978), Cik Anna Dreba (1979-1984), Puan Lucy Kelon (1985-1987), Puan Sofie Main (1988-990), Cik Kendy Edward (1991-1998) and Puan Megir Gumbek (1999-2001). |